Objektif Projek :
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
- menghasilkan pakej resos yang sesuai bagi menyokong PdP dan menilai sejauh manakah penggunaan resos kaedah ini dapt mengukuh dan menghasilkan PdP yang berkesan
- membina aktiviti yang menarik dan berpotensi untuk membolehkan isi pelajaran dan kandungan diterjemahkan secara jelas dan dianalisis secara kritikal ke atas pembelajaran sama ada Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratusan melalui penggunaan resos, pendekatan dan strategi yang efektif
- membina blog yang memuatkan maklumat-maklumat yang menyokong PdP dan mudah dibuat capaian
- menulis refleksi yang kreatif di sepanjang tempoh menyiapkan tugasan projek.