Refleksi
Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu MTE 3109 (Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus) pada masa yang telah ditetapkan.
Setelah beberapa minggu saya bersama dengan pasangan saya Nur Fadhillah binti Ghazali bertungkus – lumus menyiapkan kerja kursus ini, akhirnya penulisan ini sempurna dengan jayanya. Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mendalami tentang fungsi sebenar resos dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Melalui tugasan ini, kami perlu menyediakan satu esei pendek bagi menerangkan sejauh mana penggunaan resos ini dapat mengukuh dan menghasilkan PdP yang berkesan. Dalam proses menulis esei pendek ini, saya telah membuat banyak rujukan di internet, buku-buku dan juga jurnal bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil pembacaan yang telah saya lakukan, saya mendapat banyak input yang begitu berguna. Baru saya sedar, bahawa penggunaan resos memberikan banyak kesan dan juga impak yang positif kepada murid-murid. Ianya sangat membantu dalam menjayakan proses PdP jika resos yang digunakan sesuai dengan tajuk dan juga tahap pemikiran murid-murid. Saya yang bakal menghadapi praktikum pada bulan hadapan, amat bersyukur kerana melalui tugasan projek ini, saya bersungguh-sungguh membuat pencarian maklumat tentang penggunaan resos. Tanpa tugasan projek ini, saya merasakan mustahil untuk saya mengkaji tentang keberkesanan resos terhadap proses PdP. Saya akan berusaha untuk memanfaatkan ilmu yang saya dapat apabila menghadapi praktikum kelak.
Saya juga mula merasai kepentingan subjek dan tugasan ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Hal ini kerana, selain daripada esei pendek tersebut, kami turut ditugaskan secara berpasangan untuk memilih satu tajuk matematik dalam sukatan pelajaran KBSR atau KSSR dan kemudiannya menyediakan satu rancangan pelajaran harian (RPH) untuk tempoh satu jam beserta dengan resos. Saya rasa sungguh gembira kerana setelah beberapa kali berkolaborasi bersama pensyarah, akhirnya saya dan pasangan dapat menyediakan satu RPH mengenai operasi tambah dalam lingkungan 10000 dengan sempurna. Resos utama yang kami bina bagi menyokong RPH dan proses PdP adalah dekak-dekak. Kami menyediakan beberapa set dekak-dekak bagi tujuan memudahkan pengajaran mikro. Selain daripda dekak-dekak, kami juga turut menyediakan video, kad nombor dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu tersebut pastinya amat berguna kepada saya memandangkan apabila saya menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru, saya pasti akan menyediakan RPH untuk setiap hari. Mana mungkin guru dan RPH dapat dipisahkan. Tugasan ini juga membantu saya membuat persediaan untuk menghadapi praktikum tidak lama lagi dan sedikit sebanyak melatih kami untuk memilih resos yang bersesuaian selari dengan RPH.
Seterusnya, secara berpasangan juga saya perlu melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan RPH yang telah saya bina. Pelbagai pengalaman dan perasaan baru yang dapat saya timba serta rasai sepanjang menjalankan sesi tersebut selama 20 minit. Waktu yang nampak begitu singkat pada pandangan orang lain, sudah cukup membuatkan saya berasa begitu lama dan resah sepanjang berada di hadapan para pelajar iaitu rakan-rakan kami bagi menjalankan sesi tersebut. Tiada kata yang dapat menggambarkan bagaimana gugup dan takutnya saya untuk mengajar memandangkan ini adalah pengalaman kali pertama saya menjalankan sesi pengajaran mikro. Hari tersebut adalah hari yang tidak mungkin saya lupakan kerana ianya merupakan satu kenangan yang cukup indah apabila saya harus mengajar dan berhadapan dengan para pelajar. Kawan-kawan saya memainkan peranan yang cukup besar kerana mereka begitu bijak dan hebat dalam memainkan watak sebagai murid-murid sekolah rendah.
Di samping itu juga, saya turut ditugaskan untuk membina satu blog yang mengandungi kesemua tugasan-tugasan yang lain. Contohnya, saya perlu memuatkan mengenai esei pendek, RPH, resos dan lain-lain lagi. Sebelum ini, saya tidak pernah berkecimpung dalam dunia blog. Saya tidak pernah mengetahui selok-belok blog, apatah lagi langkah-langkah dalam membina blog saya yang tersendiri. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menghasilkan blog. Mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan projek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tanpa kerjasama yang dihulurkan oleh rakan-rakan dan terutama pasangan saya, saya percaya kerja kursus ini tidak mungkin dapat disiapkan tepat pada masanya. Kami berganding bahu sepanjang menyediakan RPH sehinggalah resos.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Kita sebagai guru yang lebih muda, kita haruslah tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan mereka yang lebih senior. Cara komunikasi yang kurang berkesan akan menyebabkan kita sukar untuk bergaul dan mengeratkan hubungan sesama guru sekolah. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.